Monday, March 24, 2014

PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

ENDS


Posted via Blogaway

Sunday, February 16, 2014

Ust. Hazri : Akhlak & Peribadi Rasulallah

Doa doa Rasulallah banyak mengaitkan kita kepada hari akhirat. Ini adalah kerana mengingatkan kita yang satu hari nanti kita akan kembali kepada Allah.

Dibaca 3 Qul ditiup pada tangan dan disapu pada semua anggota badan yang tercapai. Ini dilakukan sebanyak 3 kali pada setiap kali hendak tidur.

Rasulallah mengiring sebelah kanan dan diletakkan pipi pada tapak tangan jika tidur pada awal malam. Jika tidur selepas qiamullail, Rasulallah akan berbaring sambil menongkat pipi sebelah kanan.

Apabila ditanya Rasulallah kenapa baginda solat sepanjang malam sedangkan baginda telah dijanjikan syurga. Jawab baginda itu adalah tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t.

Rasullah tidur pada awal malam selepas isyak yang dilewatkan. Baginda bangkit pada pertengahan malam melakukan qiamullail sehinggalah witir dan tidur semula. Baginda bangkit apabila mendengar azan dan berwuduk untuk solat subuh.

Sebaik baik amalan adalah yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

4 perkara dianjur dilakukan selepas solat subuh.
1. Zikir
2. Doa
3. Baca Al Quran
4. Tafakkur mengenangkan kebesaran Allah.

Saturday, February 8, 2014

Ust. Irwanshah : Hari di Padang Mahsyar

Hari dimana manusia dikeluarkan ke Padang Mahsyar setiap amalan akan menjelma. Setiap amalan tidak akan berpisah dengan manusia sehinggalah hari manusia menerima kitab amalan mereka.

Amalan yang dilakukan dalam dunia akan dibentuk sesuai dengan amalan mereka semasa di dunia. Setiap bentuk ini telah ditunjukkan kepada nabi s.a.w pada malam israk mikraj. Contohnya ada yang mencarik carik diri sendiri akibat perbuatan mengumpat.

Manusia yang berada di Padang Mahsyar amat kuat ingatannya pada apa yang telah dilakukan semasa didunia. Ada manusia yang banyak amalan terkejut apabila kitab mereka dalam bentuk buruk akibat banyak mengumpat dan ada yang terkejut apabila tidak banyak amalan baik tetapi mendapat amalan yang baik akibat banyak yang mengumpat mereka.

4 jenis yang tidak dikira mengumpat:
1. Seorang yang fasik yang telah diketahui umum dan diperkatakan orang.
2. Pemimpin yang terkenal dengan zalim dan dikatakan oleh rakyatnya.dan telah diperkatakan orang.
3. Anak yang derhaka telah diketahui umum dan telah diperkatakan orang.
4. Seorang yang keluar dari umat mukmin dan dipecahbelahkan umat mukmin lalu diperkatakan orang.

Orang yang mendengar mengumpat samalah seperti orang yang mengumpat. Orang orang ini akan mencarik carik badan mereka dan kemudian disihatkan dan mereka akan mengulanginya lagi.  Ini akan berulang ulang sehinggalah Allah mengampunkan mereka.

Ada 2 musibah kepada manusia setiap hari:
1. Umur kita semakin hari semakin berkurang.
2. Manusia tidak tahu apa akan jadi dihari kemudian tetapi tidak beramal.

Manusia yang bangkit dipadang mahsyar akan menundukkan kepala sebagai orang yang bersalah dan matahari hanya sejengkal dari kepala dan kepanasan semasa berdiri.

Ada juga orang yang dibangkitkan ada wajah tanpa daging. Orang ini adalah ulamak yang jahat yang lahir pada akhir zaman. Ulamak ini mengajak orang melakukan kebaikan tetapi beliau sendiri melakukan maksiat. Ada juga ulamak yang tahu kemaksiatan tetapi hanya membiarkan sahaja.

Ada juga yang dibangkitkan memakan daging busuk. Daging busuk ini adalah dari neraka. Mereka ini semasa didunia memakan makanan yang haram. Ini termasuk orang yang menyediakan makanan.

Rahsia kesihatan Nabi s.a.w:
1. Jangan duduk dimeja makan melainkan dalam keadaan lapar.
2. Sebelum kenyang tinggalkan meja makan.
3. Kunyah makanan dengan sempurna sebelum telan. Minum perlahan seperti air panas.
4. Semasa tidur kosongkan perut kerana kebanyakan penyakit datang pada waktu tidur.

Wallahuallam.

Saturday, February 1, 2014

Ust. Wan Shamsuddin : Solat

Solat diwajibkan semasa israk mikraj berbeza dengan ibadat lain yang diterima dimukabumi. Kusyuk hanya dikehendaki didalam solat tidak seperti ibadat ibadat lain spt puasa, zakat dan lain lain.

Matlamat solat ialah untuk kusyuk dengan Allah, sedar sedang mengadap kepada Allah. Kesan solat kusyuk dapat mencegah kemungkaran. Setiap kali solat hendaklah berusaha dan berazam supaya kusyuk. Solat ialah ibadah gabungan tubuh badan (islam), roh (iman) dan ehsan (tasauf). 

3 makam ibadat manusia:
1. Melaksanakan tuntutan syarak sahaja. Menyempurnakan syarat dan rukun sahaja.
2.  Seperti diatas bertambah dengan perasaan Allah sedang memerhati.
3. Seperti kedua dua diatas tetapi ditambah dengan tertib.

Wallahuallam.

Friday, January 31, 2014

Ust. Salehuddin Nasir : Surah At Tin

Manusia dijadikan sebaik baik manusia dan direndahkan makam mereka serendah-rendahnya dan kecuali orang yang beriman dan  beramal soleh. Manusia diingatkan supaya tidak mendustakan hari kebangkitan dan sesungguhnya Allah adalah hakim yang paling adil.

Al Quran adalah sebuah kitab penunjuk yang boleh difahami oleh semua bangsa didunia. Ini adalah mukjizat Al Quran. Ia berbeza dengan kitab-kitab yang ditulis oleh sesuatu bangsa.

Seluruh nabi nabi adalah terdiri dari orang orang yang berjuang. Contohnya Nabi Musa berhadapan dengan Firaun. Semua perjuangan adalah untuk mengikat semua jemaah berada dalam jemaah yang besar. Semua Nabi adalah membawa Islam yang satu dengan mengabdikan diri kepada Allah dan tidak syirik. Bukan setakat solat dan puasa sahaja, tetapi hendaklah dalam semua aspek termasuk politik, kewangan, pendidikan dll.

Manusia adalah merupakan makhluk Allah yang mendapat pengabdian Allah. Ayat pertama Al Quran diturunkan adalah berkaitan manusia. Dalam diri manusia ada sifat manusia dan haiwan. Sifat haiwan perlu dimatikan dan sifat insaniah perlu dihidupkan. Sebaik baik manusia adalah manusia yang dapat memberi manafaat kepada orang lain. Manusia hendaklah jadi orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Orang orang beriman seperti seekor lebah, makan yang baik dan mengeluarkan yang terbaik. Lebah adalah sentiasa berada dalam keadaan berjemaah. Lebah adalah binatang yang ada bisa dan hanya hinggap ditempat yang bersih dan wangi.

Diantara sifat berjemaah ialah merendah diri sesama jemaah, berjihad dalam memperjuangkan Allah dan sabar dalam menegakkan suruhan Allah. Jemaah ini dipimpin oleh Ulamak. Majlis majlis ilmu adalah wajib untuk menghidupkan iman dan beramal. 

Politik adalah sebahagian daripada islam. Nabi berhijrah ke Madinah adalah bermotif politik untuk menegakkan negara islam. 

Mudah mudahan Allah memberikan rahmat kepada kita semua. Al Quran dijadikam bacaan harian.

Wallahuallam.




Tazkirah Jumaat : Ust. Anas


Tujuan Nabi diutuskan adalah untuk menjadikan manusia tidak jahil. Makhluk yang paling mulia disisi Allah ialah para malaikat kerana ia dekat dan ikut arahan Allah. Dikalangan manusia nabi nabi ialah orang yang mulia disisi Allah kerana mengeluarkan manusia dari kejahilan. Orang yang meneruskan kerja nabi juga adalah orang yang mulia.

Makhkuk yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang tidak hidup sezaman dengan Rasulallah tetapi cibtakan Rasulallah dan mengikut segala sunnah Rasulallah. Inilah kehebatan manusia di akhir zaman dan apabila berlaku pertelingkahan, maka kembali kepada Rasulallah.


Orang yang paling pandai adalah orang yang pandai menghitung apa yang telah dilakukan seharian dan bermunasabah sejauh mana telah kita melalukan suruhan Allah dan mengikiut sunah Rasulalah. Takwa adalah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah.


Wallahualam.

Thursday, January 30, 2014

4x4

Sg Lembing..

Hazle....
Noor Azam, Syahrul dan Ariffin....

Saturday, January 18, 2014

Ust. Sidek Nor : Kitab Hikam

Beramal adalah wajib. Bergantung dan meletak harapan kepada amal adalah haram. Semuanya hendaklah bergantung kepada Allah s.w.t.  Kita juga tidak boleh bergantung kepada Allah tanpa beramal. Hati kita hendaklah tetap kepada Allah.

Adab adab beramal perlu ada didalam beramal.
1. Adab syariah : Segala amalan berpandukan kepada syarak. Contohnya solat perlu belajar.
2. Adab khidmat : Perlu mengetahui segala perbuatan yang dilakukan adalah jelas, kusyuk dsb.
3. Adab hak : Semata mata kerana Allah s.w.t

Bagi orang yang kuat imannya amalannya hanyalah kepada Allah s.w.t.. Untuk mengenal Allah hendaklah mengenal diri sendiri. Manusia adalah fakir disisi Allah. Setiap masa manusia berhajat kepada Allah. Contohnya mata tidak boleh berfungsi jika Allah tidak mengkehendakinya untuk melihat. Begitu juga hidayah dan taufik juga adalah atas kehendak Allah s.w.t.

Setiap kali terasa sombong hendaklah ingat asal kejadian kita. Lahir dengan darah, hidup bergelumang dgn tahi: tahi mata, tahi telinga, tahi hidung dsb dan mati menjadi bangkai. Semua yang sempurna adalah sifat Allah. Semua yang kita miliki adalah semuanya Allah yang punya. Bukti semua milik Allah adalah diri kita. Apabila sampai masanya kita diambil balik; mati. Apa yang berlaku sehari hari adalah ketentuan Allah. Berlaku perkara yang baik bersyukur banyak banyak dan jika berlaku perkara tidak baik hendaklah banyak banyak bersabar. Syarat utama adalah hati perlu bersih.
Tanda kasih Allah kepada manusia ialah kita mudah untuk beribadat dan taat kepada Allah.

Terkadang yang kamu suka itu tidak baik kepada kamu dan apa yang kamu tidak suka itu baik kepada kamu.

Wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...